Ahad, 29 Oktober 2017

HIKING DI BUKIT JAMBUL

                             

                                     HIKING BEST, WALAUPUN SEMPUT !!

Hai semua, hari nie Cik Ross nak cerita aktiviti yang kami buat pagi tadi iaitu "Hiking". Kami hiking dekat Bukit Jambul. Pukul 9.30 lebih kurang, kami mula hiking. Perasaan mula hiking tu kan, punyalah seronok... Tapi, sampai setengah jalan dah mula semput. Normal laa, first time katakan. Hihi.

Kami hiking seramai 11 orang, tapi 2 orang semput dekat tengah jalan. So, diorang tunggu kami dekat bawah. Yang lain, masih meruskan perjalanan walaupun masing-masing dah nampak keletihan. Hiking nie best sebenarnya, tapi tuu laa penat nak naik kat atas puncak. Kami banyak stop dekat laluan nak hiking tadi. Sebab tak cukup tidur, lepas tu pagi-pagi dah nak kena hiking kan. Sedikit penat la tadi. Waktu nak naik ke puncak pun, dah letih sebab kami banyak guna tenaga. 

Setelah mendaki hampir 30 hingga 40 minit, macam tu kami pun sampai laa ke atas puncak tu. Tapi, yang first sampai 5 orang jaa yang lain masih mendaki bukit. Huhuhu. Bila dah sampai dekat puncak tuu kan, perasaan penat waktu mendaki tadi hilang serta merta sebab boleh tengok view yang tersangat laa cantik. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, memang best laa. Tak rugi naik tadi. Hahahah

Bila dah sampai dekat puncak, masing-masing tak maw turun pulak. Sebab dekat atas puncak tuu  best sangat. Kami rest dekat atas tuu hampi sejam jugak laa sebab tunggu kawan-kawan yang lain sama. Mendaki sekali, turun pun mesti laa sekali kan. Hahahah

Lepas rest, kami pun turun. Tapi, time nak turun tuu hanya Allah yang taw macam mana perasaan kami. Dah macam agar-agar dah sebab masing-masing dah lembut lutut. Hahah. Tapi bagi Cik Ross, hiking ni memang best. Bagi sesiapa yang sukakan suasana keindahan alam semula jadi, boleh laa try hiking. Seriuss, bestt... Tak caya, boleh try. Hihihihi 

                                               #TUGASAN MINOR PSIKOLOGI  
                                                  #HIKING BUKIT JAMBUL 

Ahad, 22 Oktober 2017


DIA LAH AYAH, DIA LAH IBU !

Ayahku seorang yang penyayang. Dialah ayah dan dialah ibu selepas aku kehilangan ibuku. Ayahku jarang memarahi anak-anaknya dan sentiasa mengambil berat terhadap anak-anaknya. Ayahku merupakan kekuatan aku. Ayahku telah banyak menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit semasa membesarkan aku. Segala jasa dan pengorabanannya tidak mampu dibalas olehku. Aku berharap, semoga suatu hari nanti aku boleh menjadi seorang insan yang berguna dan boleh berbakti kepada ayahku dan keluarga. 

Aku merupakan anak yang pertama yang menjejaki kaki ke menara  gading. Selepas melanjutkan pengajian di Tingkatan Enam, aku telah ditawarkan ke Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada awalnya aku memilih untuk pergi ke UKM, namun aku telah membuat keputusan untuk pergi ke USM. Hal ini demikian kerana, menurut aku UKM itu jauh dan agak sukar untuk aku pulang untuk bercuti tetapi jika aku memilih USM, aku boleh pulang jika ada kelapangan.

Kini, sudah satu tahun  lebih aku di Universiti Sains Malaysia. Lagi 2 tahun setengah, aku akan menamatkan pengajianku. Besar harapan ayahku untuk melihat aku berjaya. Aku juga ingin membanggakan ayahku. Aku mahu ayahku berasa berbaloi semasa mendidik dan menjaga aku semasa bayi hinggalah dewasa sekarang. Ayahku telah banyak menghabiskan wang ringgit demi melihat kejayaan kami adik-beradik. Aku masih ingat lagi, dulu kehidupan kami agak susah. Ayah aku terpaksa membanting tulang demi memastikan kejayaan anak-anak nya. Dan kini, alhamdulillah kehidupan kami sudah berubah. Aku sangat bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah. Doa aku, semoga Allah melimpahi rahmat dan rezeki buat kami sekeluarga. 

Aku berjanji akan belajar bersungguh-sungguh. Aku ingin buktikan kepada ayahku yang anaknya juga mampu berjaya seperti anak orang lain. Semoga impianku tercapai. Aminn

Assalamualaikum, jumpa lagi nanti.

ASSIGNMENT YOWW !



ASSIGNMENT YOWW !

Kalau dah nama student tuu, memang busy laa kan. Busy dengan assignment jaa rasanya. Hahaha. Kadang-kadang bosan jugak kalau tak dak assignment sebab tak taw nak buat apa kan. Tapi, kalau ada assignment pulak tak menang tangan. Hmmmmmm tak paham betol laa.

Cuti mid sem lepas, Cik Ross balik kampung tapi tak rasa macam cuti pun sebab assignment banyak. Hahahaha, naseb badan laa kan. Nama pun student. Cik Ross lemah cikit kalau berkenaan dengan IT nie. Nak dijadikan cerita, semua assignment Cik Ross kena buat video. Alahai, lemah betol rasanya. First time buat video. Agak-agak apa jadi? Hmm menyebai laa jawab dia. Hehehe. Nak buat satu video pun punya lah lama. Nak kena pikir apa yang nak cakap. Kalau tak jadi, kena buat lain pulak. Time tuu, Cik Ross pikir macam mana laa seseorang pelakon tuu hafal skrip. Bila dah hafal, lepas tuu silap cakap kena buat lain pulak. Huhuhu,perit rasanya. Tapi, Cik Ross anggap sebagai pengalaman. Bukan selalu nak boleh buat video kan. Hikhik

Cik Ross tak pandai nak gabung video, nak edit sari kata dan so on laa yang berkaitan dengan video ni. Tapi last-last menjadi juga, sebab banyak kali try. Sebab tu laa orang kata, tak cuba tak taw dah cuba nak buat lagi laa. Dulu tak suka edit-edit video nie sebab tak pandai kan, bila dah try edit dan pandai mengedit rasa syok laa pulak. Hahahaha. Nak buat video nie senang jaa, tapi kena ada kesabaran yang tinggi laa. Sebabnya, bukan mudah nak mengedit satu-satu video tu. 

Alhamdulillah, sedikit sebanyak assignment nie boleh tambah pengetahuan dekat kita. Normal laa kan, kalau rasa stress buat assignment tuu. Sapa-sapa pun macam tuu.Cuma yang bezanya, macam mana kita nak atasi stress tuu. Ada setengah orang suka pergi joging, suka tengok wayang, suka lepak-lepak dengan kawan tapi bagi Cik Ross dok relax tak buat apa-apa pun dah boleh hilang stress. Kalau makan dengan lena, lagi laa boleh hilang stress. Hahahahahah

Okay, sampai setakat nie dulu Cik Ross tulis blog nie. Nanti, jumpa lagi. Bubyee hampaaaa.....

  

"IBU YANG TERCINTA"


TENANGLAH DI SANA, WAHAI IBUKU.


 Aku telah kehilangan seorang insan yang sangat bermakna dalam hidupku iaitu seorang ibu yang sangat aku sayang. Kehilangannya sangat memberi impak buat kami sekeluarnya. Pemergian yang tidak akan kembali. Arwah ibuku seorang yang sangat penyayang. Dialah tempatku bermanja. Bagiku, ibuku seorang yang sempurna. Ibuku tidak pernah memarahi kami adik beradik, malah kami sudah menganggap ibu sebagai kawan baik. Dialah tempat aku meluahkan perasaan sedih, gembira dan rasa tidak puasa hati aku. Sekarang, hanya tinggal kenangan.

Pada tanggal 22 March 2015, ibuku telah dijemput Ilahi. Betapa luluhnya hati kami sekeluarga, namun apakan daya takdir Allah sudah begitu. Siapa kita untuk menidakkan takdirnya? Kami redha walaupun hati masih sedih dengan kehilangan seorang ibu yang tiada gantinya. Ibuku menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Semasa ibuku di rawat di hospital, akulah yang menjaga ibuku bersama kakakku. Malah, kami terpaksa tidur di atas lantai beralaskan tikar. Aku tidak kisah kerana pergorbanan dan jasa ibu semasa melahirkan dan membesarkan aku tidak dapat aku balas.

Aku juga bersyukur kerana mampu menjaga ibuku di saat-saat terakhirnya. Ibu juga pernah mengalami strok disebabkan oleh kekurangan gula di dalam badan. Kami adik beradik bergilir-gilir menjaga ibu disebakan pada waktu itu kami masih bersekolah. Ibuku sentiasa mengambil berat terhadap anak-anaknya. Setiap kali pulang dari sekolah, aku akan nampak kelibat ibuku di pintu rumah. Nampaknya, ibu

Aku sangat beruntung kerana ibu selalu menyuruh aku untuk membantunya di dapur. Semasa aku di tingkatan 1 lagi, aku telah diajar memasak oleh ibuku. Sekarang, aku sudah pandai memasak dengan  bantuan ibuku. Benar kata ibuku, tidak rugi jika belajar memasak dan kini aku akui kata-kata ibuku.

Segala kenangan aku dan ibuku masih kukuh di ingatan. Jujur, aku rindu. Rindu dengan segala kenangan manis dan kenangan pahit. Rindu itu kadang-kadang menjengah tetapi aku hanya boleh menitipkan doa buat arwah ibuku di sana. Aku hanya boleh berdoa semoga ibuku dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH

Buat insan yang masih mempunyai ibu bapa hargai mereka selagi mereka masih di sisi. Mereka merupakan insan yang tidak pernah mengecewakan kita. Mereka juga insan yang tiada gantinya. Ibu bapa ibarat nyawa kita. Mereka sangat berharga dan bernilai umpama permata. Buat arwah ibuku, tenanglah di sana. Doa aku sentiasa mengiringimu. Jujur, aku rindu. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sepanjang masa.

KAWAN-KAWAN CIK ROSS





KAWAN-KAWAN CIK ROSS


Assamualaikum semua, lama Cik Ross tak update dekat blog nie kan. Besa laa nama pun student kan mesti la busy sikit. Heheheh

Okay, Cik Ross nak cerita pasai kawan Cik Ross yang di sebelah kiri dan di sebelah kanan. Yang di sebelah kiri tuu AINI dan yang di sebelah kanan tuu BIRAH. Petang tadi kami pi melepak Pantai Jerejak. Kalau nak tau kat mana Pantai Jerejak boleh search okay. Hahaha. Best Pantai Jerejak nie. 

Birah nie suka tengok. Bagi dia, boleh tengok laut tu tak pa dah laa. Hahahah. Bila kat Pineng ni, Cik Ross laa jadi mangsa dia. Hari minggu jaa ajak pi lepak dekat Pantai Jerejak ni, untuk release tension katanya. 

Sejak dok ikut Birah tengok laut nie, Cik Ross pun dah terjebak. Terjebak suka laut pula. Sebabnya bila kita tengok laut tu, kita akan pikir betapa indahnya ciptaan tuhan. Laut tu sebenarnya boleh memberi ketenangan kepada kita. Bila laut tuu berombak, lagi laa best tengok. Boleh dengaq bunyi ombak lagi tu. Lepas ni, kalau nak release tension memang kena pi bertapa dekat laut laa jawab diaa. Ahahahah

Okay, aini nie pulak kawan sekolah Cik Ross dulu. Dulu, tak rapat pun, just kenai-kenai macam tuu jaa. Kebetulan, dapat tawaran universiti yang sama iaitu di USM. Sejak, dari tuu laa kami mula rapat. Kami tiga-tiga dok Changlun, Kedah jadi senang laa nak balik sekali naik train dekat Butterworth tuu. Hahahah. Laa nie pulak lagi rapat, sebab hari-hari dok jumpa sebab dok rumah sewa sekali. Dulu, desa tak sekali so susah laa sikit nak jumpa. Hihihi

Okay, baiklah sampai setakat nie dulu perkongsian cerita Cik Ross dengan  kawan-rakan. Bagi sesiapa yang sukakan keindahan laut, boleh datang ke Pantai Jerejak. Best tempat nie, kalau tak caya boleh try... Hihihihihi 

Sabtu, 7 Oktober 2017

DIA SAHABATKU

                                                                 DIA SAHABATKU



Aku kenai dia ni masa darjah 6 tapi just kawan-kawan macam tu jaa tak rapat pun. Maklum laa dok kelas asing kan macam mana nak rapat. Masuk tingkatan 1, kami jumpa lagi. Satu kelas pulak tu. Dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5, kami dok kelas sekali iaitu kelas Bestari. Bab bergaduh, masam muka apa tu jangan dok kata apa, memang selalu laa kami dua. Aku ingat lagi masa tingkatan 2, dia jeles dengan aku sebabnya aku dok sembang dengan kawan aku yang sorang lagi. Dia boleh kata pulak, aku tinggai dia. Hangin beb. Aku ni jenis suka sembang-sembang dalam kelas, dia pulak jenis dok diam. Awai-awai memang tak ngam laa wehh. Tapi masuk tingkatan 3, dia dah mula matang walupun perangai dia yang cepat terasa tu still tak boleh ubah. Aku pulak jenis tak kisah, ikut laa hang nak terasa kaa apa tapi aku jenih buat tak taw jaa. Hehe

Masuk tingkatan 4 dan 5, perangai cepat terasa dia tuu semakin kurang. Tapi ada jugak sikit-sikit, normal laa kan. Tapi, dia selalu kata yang aku nie tak reti nak pujuk dia. Entah laa, bagi aku dah besar dah buat apa nak pujuk. Lagipun bukan salah aku, nak kena pujuk. Nampak tak, ego aku dekat situ. Haha.Nasib badan laa wehh. Aku memang fail bab-bab pujuk orang ni. Huhu.

Lepas dapat result spm aku buat keputusan untuk masuk form6. Tapi, dia tak maw masok form6. Dia kata nak tunggu tawaran lain. Tup-tup, aku dengan dia dapat tawaran masuk form6. Pikiaq pi, pikiaq mai kami dua sambung form6 laa. Hubungan kami still lagi macam dulu. Dekat form6 tu laa, kami di ajar buat assignment yang macam belajar dekat universiti. Kami hampir-hampir putus asa tapi dengan berkat kesabaran dan kekuatan yang ada kami boleh habiskan form6 dengan jayanya. Maklum laa tera nak besa kan. Hihi. Antara moment yang tak boleh lupa ialah aku dan dia bersama kawan-kawan lain, terpilih sebagai Pelajar Cemerlang STPM 2015.  Kami sama-sama jatuh, sama-sama bangun.

Lepas dapat results STPM, kami isi UPU. Selepas results UPU keluar, aku dan dia dapat tawaran. Aku dapat tawaran dari USM dan UKM. Dia pulak dapat USM. Awalnya aku buat keputusan untuk pergi ke UKM. Dia pulak ke USM. Tapi, dia pujuk aku suruh ikut dia pi USM. Tapi, aku kata dekat dia aku nak pi UKM. Dia apa lgi, merajuk laa beb sebab aku nak pi UKM. Dia kata dia tak biasa sorang-sorang, dan dia tak ramah macam aku. Tapi dia silap, aku pun tak ramah jugak cuma aku suka bersembang ja. Haha

Dua minggu lagi nak daftar, aku ubah fikiran pulak. Aku nak masok USM pulak. Aku pun tak taw sebab apa aku ubah fikiran. Mungkin sebab aku fikir, yang UKM tu jauh, susah aku nak balik. Tapi kalau USM, dekat sikit dan yang pastinya senang nak balik. Ayah aku pulak jenis tak kisah, ikut jaa aku nak pi U mana pun sebab ayah aku kata aku yang nak belajar nanti. Tapi aku boleh agak, ayah aku lebih suka aku masok USM. Maybe, ayah aku risau kalau aku dok jauh.

Selepas buat keputusan, aku pun call laa dia nie. Aku bagitaw yang aku nak masok USM pulak. Hmm, syok laa dia hilang terus merajuk dia. Tapi ada jugak part sedih dia. Dia tak dapat desa sama dengan aku. Aku dapat desa damai, dia dapat desa restu. Huhu. Hmm, menangis tak berlagu laa dia. Haha.

Hari yang ditunggu telah pun tiba iaitu mendaftar di USM. Kami mendaftar hari yang sama cuma beza waktu ja. Aku daftar pagi, dia daftar petang. Selepas daftar, kami kena hadap orientasi pulak selama seminggu. Sepanjang orentasi kami sama-sama busy, memang tak contact langsung la. Lepas orientasi baru kami contact. Aku ingatkan dia okay tapi  rupanya dia tak okay dekat sini. Tapi, lama-lama dia dah boleh biasakan diri dengan keadaan sekeliling.

Dialah sahabat. Dari form1 sampai form5 kami berkawan. Hubungan persahabatan kami diteruskan  sampai ke form6 dan sekarang di USM pun still lagi bersama. Doa aku, moga hubungan persahabatan kita kekal hingga ke jannah. Buat sahabatku, moga menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti. Yang paling utama, hati jangan lembut sangat, jangan cepat terasa and so on. Dah besar kan, sama-sama lah belajar menjadi seorang yang matang.

Sampai setakat ini sahaja penulisan saya buat kali ini. Jumpa lagi nanti, ada banyak lagi cerita-cerita yang ingin dicoretkan di sini. Sekian, terima kasih.


"PERTENGKARAN ANTARA SAHABAT  ITU MEMANG BIASA, TAPI KALAU MEMANG SAHABAT BESOK PASTI SALING MEMAAFKAN" 

KENALI CIK ROSS

                                                   
                                                             KENALI CIK ROSS






ROS SHUHADA BINTI MUHAMAD 



Assamualaikum dan salam sejahtera. 
Untuk "first entri" blog ini, saya akan bercerita serba sedikit tentang diri saya. 

Nama diberi Ros Shuhada Binti Muhamad. Nama panggilan Ros atau Cik Ross. Saya dilahirkan pada 3 Mei 1996 di Kampung Masjid Mukim Sungai Laka 06010 Changlun Kedah Darul Aman. Saya merupakan anak jati kelahiran Kedah. Hobi saya ialah membaca novel dan melayari internet. Saya merupakan anak yang keempat daripada 5 orang adik beradik. Saya mempunyai 2 org kakak, seorang abang dan seorang adik.

Saya mendapat pendidikan awal di Tadika Titi Kerbau. Seterusnya, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kemara dan Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun. Kemudian, saya melanjutkan pengajian di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Sekarang, saya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu sedang menuntut di Universiti Sains Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda dalam bidang (Sastera). Alhamdulillah, impian saya untuk menjejakkan kaki ke menara gading tercapai juga akhirnya. 

Saya tinggal bersama ayah dan adik beradik yang lain  kerana ibu saya telah meninggal dunia pada 2 tahun lepas.  Pemergian ibu memberi tamparan yang hebat buat kami sekeluarga. Sejak kematian ibu, ayahlah yang menjadi ibu dan ayah kepada kami adik beradik. Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang ayah yang penyayang dan semestinya seorang yang sangat penyabar. Buat arwah ibuku, semoga tenang di sana. Kadang-kadang rindu itu datang menjengah, namun apakan daya, hanya doa yang mampu aku titipkan buatmu wahai ibu yang tersayang. AL-FATIHAH

Jika hendak tahu tentang kisah hidup atau yang berkaitan dengan Cik Ross yang seterusnya, jangan lupa untuk mengikuti 'blog' Cik Ross : rosshuhada.blogspot.com. Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk meningkatkan tahap penulisan saya. Insyaallah, dengan adanya blog ini sedikit sebanyak akan membantu saya dalam meningkatkan  penulisan saya.