KENALI CIK ROSS
ROS SHUHADA BINTI MUHAMAD
Assamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk "first entri" blog ini, saya akan bercerita serba sedikit tentang diri saya.
Nama diberi Ros Shuhada Binti Muhamad. Nama panggilan Ros atau Cik Ross. Saya
dilahirkan pada 3 Mei 1996 di Kampung Masjid Mukim Sungai Laka 06010 Changlun
Kedah Darul Aman. Saya merupakan anak jati kelahiran Kedah. Hobi saya ialah membaca novel dan melayari internet. Saya merupakan anak yang keempat daripada 5 orang adik beradik. Saya mempunyai 2 org kakak, seorang abang dan seorang adik.
Saya mendapat pendidikan awal di Tadika Titi Kerbau. Seterusnya, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kemara dan Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun. Kemudian, saya
melanjutkan pengajian di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Sekarang, saya melanjutkan pengajian
ke peringkat yang lebih tinggi iaitu sedang menuntut di Universiti Sains
Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda dalam bidang (Sastera). Alhamdulillah, impian saya untuk menjejakkan kaki ke menara gading tercapai juga akhirnya.
Saya tinggal bersama ayah dan adik beradik yang lain kerana ibu saya
telah meninggal dunia pada 2 tahun lepas. Pemergian ibu memberi tamparan yang hebat buat kami sekeluarga. Sejak kematian ibu, ayahlah yang menjadi ibu dan ayah kepada kami adik beradik. Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang ayah yang penyayang dan semestinya seorang yang sangat penyabar. Buat arwah ibuku, semoga tenang di sana. Kadang-kadang rindu itu datang menjengah, namun apakan daya, hanya doa yang mampu aku titipkan buatmu wahai ibu yang tersayang. AL-FATIHAH
Jika hendak tahu tentang kisah hidup atau yang berkaitan dengan Cik Ross yang seterusnya, jangan lupa untuk mengikuti 'blog' Cik Ross : rosshuhada.blogspot.com. Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk meningkatkan tahap penulisan saya. Insyaallah, dengan adanya blog ini sedikit sebanyak akan membantu saya dalam meningkatkan penulisan saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan