TENANGLAH DI SANA, WAHAI IBUKU.
Aku telah kehilangan seorang insan yang sangat bermakna dalam hidupku iaitu seorang ibu yang sangat aku sayang. Kehilangannya sangat memberi impak buat kami sekeluarnya. Pemergian yang tidak akan kembali. Arwah ibuku seorang yang sangat penyayang. Dialah tempatku bermanja. Bagiku, ibuku seorang yang sempurna. Ibuku tidak pernah memarahi kami adik beradik, malah kami sudah menganggap ibu sebagai kawan baik. Dialah tempat aku meluahkan perasaan sedih, gembira dan rasa tidak puasa hati aku. Sekarang, hanya tinggal kenangan.
Pada tanggal 22 March 2015, ibuku telah dijemput Ilahi. Betapa luluhnya hati kami sekeluarga, namun apakan daya takdir Allah sudah begitu. Siapa kita untuk menidakkan takdirnya? Kami redha walaupun hati masih sedih dengan kehilangan seorang ibu yang tiada gantinya. Ibuku menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Semasa ibuku di rawat di hospital, akulah yang menjaga ibuku bersama kakakku. Malah, kami terpaksa tidur di atas lantai beralaskan tikar. Aku tidak kisah kerana pergorbanan dan jasa ibu semasa melahirkan dan membesarkan aku tidak dapat aku balas.
Aku juga bersyukur kerana mampu menjaga ibuku di saat-saat terakhirnya. Ibu juga pernah mengalami strok disebabkan oleh kekurangan gula di dalam badan. Kami adik beradik bergilir-gilir menjaga ibu disebakan pada waktu itu kami masih bersekolah. Ibuku sentiasa mengambil berat terhadap anak-anaknya. Setiap kali pulang dari sekolah, aku akan nampak kelibat ibuku di pintu rumah. Nampaknya, ibu
Aku sangat beruntung kerana ibu selalu menyuruh aku untuk membantunya di dapur. Semasa aku di tingkatan 1 lagi, aku telah diajar memasak oleh ibuku. Sekarang, aku sudah pandai memasak dengan bantuan ibuku. Benar kata ibuku, tidak rugi jika belajar memasak dan kini aku akui kata-kata ibuku.
Segala kenangan aku dan ibuku masih kukuh di ingatan. Jujur, aku rindu. Rindu dengan segala kenangan manis dan kenangan pahit. Rindu itu kadang-kadang menjengah tetapi aku hanya boleh menitipkan doa buat arwah ibuku di sana. Aku hanya boleh berdoa semoga ibuku dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH
Buat insan yang masih mempunyai ibu bapa hargai mereka selagi mereka masih di sisi. Mereka merupakan insan yang tidak pernah mengecewakan kita. Mereka juga insan yang tiada gantinya. Ibu bapa ibarat nyawa kita. Mereka sangat berharga dan bernilai umpama permata. Buat arwah ibuku, tenanglah di sana. Doa aku sentiasa mengiringimu. Jujur, aku rindu. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sepanjang masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan