Aku kenai dia ni masa darjah 6 tapi just kawan-kawan macam tu jaa tak rapat pun. Maklum laa dok kelas asing kan macam mana nak rapat. Masuk tingkatan 1, kami jumpa lagi. Satu kelas pulak tu. Dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5, kami dok kelas sekali iaitu kelas Bestari. Bab bergaduh, masam muka apa tu jangan dok kata apa, memang selalu laa kami dua. Aku ingat lagi masa tingkatan 2, dia jeles dengan aku sebabnya aku dok sembang dengan kawan aku yang sorang lagi. Dia boleh kata pulak, aku tinggai dia. Hangin beb. Aku ni jenis suka sembang-sembang dalam kelas, dia pulak jenis dok diam. Awai-awai memang tak ngam laa wehh. Tapi masuk tingkatan 3, dia dah mula matang walupun perangai dia yang cepat terasa tu still tak boleh ubah. Aku pulak jenis tak kisah, ikut laa hang nak terasa kaa apa tapi aku jenih buat tak taw jaa. Hehe
Masuk tingkatan 4 dan 5, perangai cepat terasa dia tuu semakin kurang. Tapi ada jugak sikit-sikit, normal laa kan. Tapi, dia selalu kata yang aku nie tak reti nak pujuk dia. Entah laa, bagi aku dah besar dah buat apa nak pujuk. Lagipun bukan salah aku, nak kena pujuk. Nampak tak, ego aku dekat situ. Haha.Nasib badan laa wehh. Aku memang fail bab-bab pujuk orang ni. Huhu.
Lepas dapat result spm aku buat keputusan untuk masuk form6. Tapi, dia tak maw masok form6. Dia kata nak tunggu tawaran lain. Tup-tup, aku dengan dia dapat tawaran masuk form6. Pikiaq pi, pikiaq mai kami dua sambung form6 laa. Hubungan kami still lagi macam dulu. Dekat form6 tu laa, kami di ajar buat assignment yang macam belajar dekat universiti. Kami hampir-hampir putus asa tapi dengan berkat kesabaran dan kekuatan yang ada kami boleh habiskan form6 dengan jayanya. Maklum laa tera nak besa kan. Hihi. Antara moment yang tak boleh lupa ialah aku dan dia bersama kawan-kawan lain, terpilih sebagai Pelajar Cemerlang STPM 2015. Kami sama-sama jatuh, sama-sama bangun.
Lepas dapat results STPM, kami isi UPU. Selepas results UPU keluar, aku dan dia dapat tawaran. Aku dapat tawaran dari USM dan UKM. Dia pulak dapat USM. Awalnya aku buat keputusan untuk pergi ke UKM. Dia pulak ke USM. Tapi, dia pujuk aku suruh ikut dia pi USM. Tapi, aku kata dekat dia aku nak pi UKM. Dia apa lgi, merajuk laa beb sebab aku nak pi UKM. Dia kata dia tak biasa sorang-sorang, dan dia tak ramah macam aku. Tapi dia silap, aku pun tak ramah jugak cuma aku suka bersembang ja. Haha
Dua minggu lagi nak daftar, aku ubah fikiran pulak. Aku nak masok USM pulak. Aku pun tak taw sebab apa aku ubah fikiran. Mungkin sebab aku fikir, yang UKM tu jauh, susah aku nak balik. Tapi kalau USM, dekat sikit dan yang pastinya senang nak balik. Ayah aku pulak jenis tak kisah, ikut jaa aku nak pi U mana pun sebab ayah aku kata aku yang nak belajar nanti. Tapi aku boleh agak, ayah aku lebih suka aku masok USM. Maybe, ayah aku risau kalau aku dok jauh.
Selepas buat keputusan, aku pun call laa dia nie. Aku bagitaw yang aku nak masok USM pulak. Hmm, syok laa dia hilang terus merajuk dia. Tapi ada jugak part sedih dia. Dia tak dapat desa sama dengan aku. Aku dapat desa damai, dia dapat desa restu. Huhu. Hmm, menangis tak berlagu laa dia. Haha.
Hari yang ditunggu telah pun tiba iaitu mendaftar di USM. Kami mendaftar hari yang sama cuma beza waktu ja. Aku daftar pagi, dia daftar petang. Selepas daftar, kami kena hadap orientasi pulak selama seminggu. Sepanjang orentasi kami sama-sama busy, memang tak contact langsung la. Lepas orientasi baru kami contact. Aku ingatkan dia okay tapi rupanya dia tak okay dekat sini. Tapi, lama-lama dia dah boleh biasakan diri dengan keadaan sekeliling.
Dialah sahabat. Dari form1 sampai form5 kami berkawan. Hubungan persahabatan kami diteruskan sampai ke form6 dan sekarang di USM pun still lagi bersama. Doa aku, moga hubungan persahabatan kita kekal hingga ke jannah. Buat sahabatku, moga menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti. Yang paling utama, hati jangan lembut sangat, jangan cepat terasa and so on. Dah besar kan, sama-sama lah belajar menjadi seorang yang matang.
Sampai setakat ini sahaja penulisan saya buat kali ini. Jumpa lagi nanti, ada banyak lagi cerita-cerita yang ingin dicoretkan di sini. Sekian, terima kasih.
"PERTENGKARAN ANTARA SAHABAT ITU MEMANG BIASA, TAPI KALAU MEMANG SAHABAT BESOK PASTI SALING MEMAAFKAN"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan