Ahad, 22 Oktober 2017


DIA LAH AYAH, DIA LAH IBU !

Ayahku seorang yang penyayang. Dialah ayah dan dialah ibu selepas aku kehilangan ibuku. Ayahku jarang memarahi anak-anaknya dan sentiasa mengambil berat terhadap anak-anaknya. Ayahku merupakan kekuatan aku. Ayahku telah banyak menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit semasa membesarkan aku. Segala jasa dan pengorabanannya tidak mampu dibalas olehku. Aku berharap, semoga suatu hari nanti aku boleh menjadi seorang insan yang berguna dan boleh berbakti kepada ayahku dan keluarga. 

Aku merupakan anak yang pertama yang menjejaki kaki ke menara  gading. Selepas melanjutkan pengajian di Tingkatan Enam, aku telah ditawarkan ke Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada awalnya aku memilih untuk pergi ke UKM, namun aku telah membuat keputusan untuk pergi ke USM. Hal ini demikian kerana, menurut aku UKM itu jauh dan agak sukar untuk aku pulang untuk bercuti tetapi jika aku memilih USM, aku boleh pulang jika ada kelapangan.

Kini, sudah satu tahun  lebih aku di Universiti Sains Malaysia. Lagi 2 tahun setengah, aku akan menamatkan pengajianku. Besar harapan ayahku untuk melihat aku berjaya. Aku juga ingin membanggakan ayahku. Aku mahu ayahku berasa berbaloi semasa mendidik dan menjaga aku semasa bayi hinggalah dewasa sekarang. Ayahku telah banyak menghabiskan wang ringgit demi melihat kejayaan kami adik-beradik. Aku masih ingat lagi, dulu kehidupan kami agak susah. Ayah aku terpaksa membanting tulang demi memastikan kejayaan anak-anak nya. Dan kini, alhamdulillah kehidupan kami sudah berubah. Aku sangat bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah. Doa aku, semoga Allah melimpahi rahmat dan rezeki buat kami sekeluarga. 

Aku berjanji akan belajar bersungguh-sungguh. Aku ingin buktikan kepada ayahku yang anaknya juga mampu berjaya seperti anak orang lain. Semoga impianku tercapai. Aminn

Assalamualaikum, jumpa lagi nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan