PERIBAHASA SEPERTI API DALAM SEKAM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya ingin menceritakan tentang peribahasa api dalam sekam. Tetapi sebelum itu, jom kita berkenalan dengan maksud peribahasa terlebih dahulu. Peribahasa ialah ayat atau susunan kata yang mempunyai maksud tertentu yang biasanya merujuk kepada maksud berkias, berlapik ataupun tersirat. Menurut Za'ba, peribahasa didefinisikan sebagai segala susunan cakap pendek yang telah melekat di mulut orang ramai sejak turun temurun kerana sedap didengar dan perkataannya bijak, ringkas, luas dan mempunyai maksud yang mendalam. Peribahasa ini digunakan dan menjadi sebutan oleh masyarakat sebagai bandingan, teladan dan pengajaran. Peribahasa ini menjadi cakap-cakap bijaksana yang ringkas yang telah digunakan pada zaman dahulu dan telah masyhur terpakai pada mulut orang ramai dan kadang kala diumumkan namanya sebagai "perkataan orang tua-tua" sahaja. Selain itu, peribahasa juga diguna pakai untuk membuat dan menghiasi karangan atau pun sesuatu percakapan. Di samping itu, peribahasa juga boleh dijadikan sebagai pedoman hidup kerana maksud dan isinya yang benar dan luas.
Berbalik kepada peribahasa seperti api dalam sekam, peribahasa ini membawa maksud sesuatu yang berlaku dalam diam-diam dan tanpa disedari atau sesuatu rasa dendam yang tersembunyi. Sebagai contohnya, Encik Kamil seperti api dalam sekam kerana niat jahatnya baru sahaja diketahui oleh orang ramai. Peribahasa ini wujud kerana orang tua-tua dahulu agak gemar menggunakan peribahasa yang tersirat dan berlapik apabila bercakapan. Peribahasa ini dikaitkan dengan api dan sekam. Api yang sedang membakar akan kelihatan nyalaannya sekaligus memberi amaran bahaya agar jangan didekati. Namun sekiranya, kehangatan itu terlindung, maka jadilah ia seperti ancaman yang tidak kelihatan yang mana lebih membahayakan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, api sangat bahaya dan kita tidak boleh main-main dengan api.

Api yang bernyala itu sudah memberi amaran kepada kita supaya lebih berhati-hati. Tetapi apabila api itu ditutupi ia tidak kelihatan seperti bahaya. Jadinya, kita akan medekatinya lagi. Niat jahat orang terhadap kita pun, kita tidak akan nampak. Api ialah suatu reaksi kimia yang terbentuk dari 3 unsur iaitu panas, oksigen dan bahan mudah terbakar yang menghasilkan panas dan cahaya. Sekam pula membawa maksud kulit padi iaitu sesudah padi itu ditumbuk. Kulit padi itu mungkin akan dibuang atau pun akan disimpan.
Jadi mereka menggunakan api dan sekam ini untuk dijadikan sebagai peribahasa. Jika api dalam sekam digabungkan, akan membawa maksud sesuatu yang dilakukan itu dalam diam-diam dan tidak diketahui oleh orang lain. Mungkin pada zaman dahulu, ada segelintir daripada masyarakat yang mempunyai niat jahat ataupun menyimpan dendam dalam diri. Apabila mereka disindir dengan peribahasa ini, sedikit sebanyak akan menyedarkan mereka bahawa perbuatan yang mereka lakukan itu adalah salah. Oleh sebab itu, maka wujudlah peribahasa seperti api dalam sekam yang digunakan oleh masyarakat kita sehingga ke hari ini.
Cara peribahasa ini digunakan untuk "literasi internet" ialah dengan adanya literasi internet, masyarakat akan lebih berhati-hati dengan individu yang mempunyai niat jahat ataupun dendam yang tersembunyi. Hal ini demikian kerana, jaringan internet telah memberi kemudahan kepada kita untuk mengakses maklumat. Segala berita berkaitan api dalam sekam mudah diakses oleh masyarakat dengan adanya literasi internet ini. Melalui internet, masyarakat dapat memahami serba sedikit tentang peribahasa api dalam sekam. Zaman teknologi yang serba canggih ini telah membawa banyak perubahan kepada kita di samping memudahkan kita untuk mendapatkan maklumat. Walaupun kita tidak tahu siapa yang dilabelkan sebagai api dalam sekam, sekurang-kurangnya kita boleh berhati-hati dengan orang sekekeling.
Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan