TAJUK : IKATAN KEKELUARGAAN MULA TERJALIN
HASIL NUKILAN : ROS SHUHADA BT MUHAMAD
Sejak
aku bermajorkan Bahasa Melayu, banyak perkara yang aku belajar terutamanya selepas
aku mengikuti kelas HMT 213 iaitu Komunikasi Lisan yang diajar oleh seorang
pensyarah yang sangat ‘sporting’ dan ‘happy go lucky’. Pensyarah itu bernama
Dr. Odi a.k.a Dr. Radiah. Cara dan perwatakannya telah menghiburkan kami semua.
Pada awalnya, kami agak terbeban dengan tugasan yang diberikan tetapi akhirnya
kami sedar bahawa setiap tugasan yang diberikan oleh Dr. Odi sedikit sebanyak telah
mengeratkan hubungan sesama kami. Kami bagaikan satu keluarga dan ikatan
kekeluargaan mula terjalin di sini.
***
“Aku
nak balik kampung lah cuti hujung minggu ni, aku rindu ‘family’ aku di
kampung,” ujarku kepada rakan-rakanku iaitu Birah dan Asyikin.
“Ehh,
kau nak balik kampung? Biar betul Cik Ros, tugasan yang Dr.Odi bagi tu pun kita
tak sempat buat lagi! kata Asyikin kepadaku.
“Entah
kau ni, kita kena siapkan tugasan tu minggu ni weh. Kalau kau balik kampung aku
takut kau tak sempat nak ‘submit’ tugasan kau nanti,” ujar Birah pula kepadaku.
“Betul
juga cakap korang. Hmm, tugasan semakin banyak, mana sempat aku nak balik
kampung. Nampak gayanya, aku terpaksa ketepikan perasaan rindu aku dekat
‘family, aku yang yang jauh di mata tetapi dekat di hati, ” Ujarku dalam
keadaan ketawa kepada mereka.
“Alah
Cik Ros, kau jangan risau lah. Yang penting, jom kita buat tugasan yang Dr. Odi
bagi ‘settle’ dulu. Dah ‘settle’ tugasan Dr. Odi kau balik lah weh, ” ujar
Asyikin kepadaku.
“Kejap-kejap
aku nak tanya korang. Korang dah siap ke rakam video yang Dr.Odi suruh tu? ”
tanyaku kepada rakan-rakanku.
“Allahu,
aku tak sempat lah nak rakam hari tu sebab aku ada kem. Mana lah sempat aku nak
buat weh,” balas Asykin kepada aku.
“Takpa-takpa.
Kita boleh buat sekali. Aku tolong korang, korang tolong aku. Kita sama-sama
bantu weh. Kita kan dah macam satu ‘family’. Lagipun ‘family’ kita kan jauh,
rakan-rakan lah yang jadi ‘family’ kita di sini,” ujar Birah kepada kami.
“Betul
kata kau tu Birah. Aku sokong sangat. Masa ni lah kita ambil peluang untuk
eratkan hubungan kita. Tak gitu? ” balasku kepada mereka.
“Kau
tahu tak pun, ingatkan tak tahu ! Ujar Asyikin kepadaku dalam keadaan ketawa.
Setelah
berbicara dengan mereka baru aku tahu yang rakan-rakan juga boleh menjadi
keluarga di saat aku jauh daripada keluarga. Semakin lama aku kenal mereka,
semakin utuh hubungan yang terjalin. Rakan bukan sahaja dijadikan rakan
semata-mata, tetapi boleh dijadikan sebagai keluarga di saat aku jauh dari
keluarga. Mereka bukan sahaja telah membantu aku, tetapi mereka telah mewarnai
kehidupan aku di sini sebagai seorang pelajar universiti.
Perasaan
suka dan duka aku berkongsi dengan mereka. Mereka juga sebaliknya. Mereka juga
akan berkongsi masalah dengan aku. Kami sudah ibaratkan sebagai kakak dan adik.
Jika ada di antara kami yang sedang menghadapi masalah, kami akan berusaha
untuk membantu dan meringankan beban yang ditanggung. Bagi aku, dengan adanya
rakan disisi sedikit sebanyak mampu menghilangkan rasa rindu aku terhadap
keluarga aku yang jauh di kampung.
***
Boleh
dikatakan hampir setiap minggu, ada sahaja tugasan yang diberikan oleh Dr. Odi.
Tugasan yang tidak boleh dilupakan adalah kami diarahkan oleh Dr.Odi untuk
membuat dua video yang bertajuk ‘Karenah Seorang Pelajar’ dan ‘Dia Sahabat Dia
Cinta’. Pada awalnya, agak susah untuk menghasilkan video ini. Hal ini demikian
kerana untuk menghasilkan video ini, kami perlu bekerjasama di antara satu sama
lain kerana Dr.Odi mewajibkan semua pelajar perlu ada di dalam video tersebut.
Ada yang di antara kami sibuk dengan urusan lain, justeru kami mengambil
keputusan untuk berbincang. Walaupun ada berlaku perselisihan faham ketika menyiapkan
video tersebut tetapi Alhamdulillah kami sudah berjaya menghasilkan sebuah
video yang begitu gempak dan mantap. Ramai rakan-rakan yang memuji berkaitan
video tersebut.
“Weh
korang perasan tak satu benda ni?,” ujarku kepada rakan-rakanku.
“Benda
apa weh, kau beritahu lah ! kata Asyikin.
“Sejak
kita buat video hari tu kan, kau perasaan tak yang kita dah mula rapat dengan
‘classmate’ kita yang lain sedangkan sebelum ni kita setakat berbalas senyuman
dan pandangan sahaja,” balasku kepada Asyikin.
“Betul
lah weh, aku pun perasan benda ni. Aku rasa hubungan kita semua pun dah makin
erat kan sejak kita bekerjasama untuk menyiapkan video yang Dr.Odi suruh kita
buat tu ! balas Birah pula kepada kami.
“Kan
aku dah bagitau tadi. Sebab tu lah aku tanya korang, sebab aku dah lama perasan
benda ni,” ujarku kepada mereka.
“Aku
pun rasa benda yang sama weh. Kalau tidak kita bertiga ja, sekarang kita dah
ada ramai rakan dengan adanya geng major Bahasa Melayu ni. Betul tak korang?,”
ujar Asykin.
“Betul-betul
! Balas aku dengan Birah serentak.
“Ehh,
korang ! Kita kan dah janji dengan ‘classmates’ kita yang kita nak sarapan
sekali hari ini. Kalau tak silap, Dr.Odi pun ‘join’ kan? ” tanyaku kepada
mereka.
“Haah,
aku lupa lah weh. Jom korang pergi ‘cafe’. Nanti diorang tertunggu-tunggu kita,
kesian pula,” balas Birah dengan nada yang kesal.
“Okay,
baiklah. Jom-jom, ” ajak Asyikin sambil melintas jalan bersama-sama dengan Cik
Ros dan Birah.
Setiap
apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sebelum ini, aku dan ‘classmates’ agak
terbeban dengan tugasan yang diberikan oleh Dr. Odi tetapi akhirnya kami
merasakan bahawa setiap tugasan yang diberikan oleh Dr.Odi pasti ada hikmah
yang tersembunyi. Sekarang barulah kami faham, kenapa Dr.Odi memberikan tugasan
yang perlu dilakukan secara berkumpulan. Dengan adanya tugasan berkumpulan
sedikit sebanyak telah membuatkan ikatan silaturrahim dan ikatan kekeluargaan terjalin erat di antara kami.
Walaupun kami pelajar yang bermajorkan Bahasa Melayu tidak ramai, tetapi kami
tetap ada. Sejak daripada itu, kami mula rapat dan mula kenal antara satu sama
lain. Sebelum ini kami hanyalah berkawan sahaja tidak lebih daripada itu. Boleh
dikatakan kami hanya berbalas senyuman dan pandangan sahaja. Tetapi sekarang
kami ibarat sebagai sebuah keluarga.
Alhamdulillah,
dengan bantuan Dr.Odi kami sudah menjadi sebuah keluarga yang saling
memerlukan. Hal ini berlaku kerana semua orang merasakan perkara yang sama.
Bukan aku sahaja yang merasakan perkara ini, tetapi semua ‘classmates’ kita
merasakan perkara yang sama. Aku sangat berharap semoga ikatan kekeluargaan
yang terjalin di antara kami akan utuh selamanya biarpun kami sudah menamatkan
pengajian di sini.
***
“Banyak
kan program yang dibuat. Yang pastinya semua program yang dijalankan banyak
faedahnya. Aku belajar banyak perkara sebenarnya.” ujarku kepada rakan-rakanku.
“Betul
kata kau Cik Ros, aku pun rasa benda yang sama,” balas Asykin.
“Korang
jangan lupa, program-program yang dijalankan ini telah membantu kita menjadi
satu keluarga iaitu keluarga major Bahasa Melayu,” kata Birah kepada kami.
“Betul
tu. Aku sokong ! Balas aku dan Asyikin serentak.
Dalam
hidup, tidak ada yang namanya kebetulan melainkan semuanya telah dirancang oleh
Allah. Aku sangat bersyukur kerana Dr.Odi telah muncul dalam hidup aku dan
rakan-rakanku yang lain. Bagi kami, Dr.Odi merupakan bonda kami di sini. Beliau
banyak mengajar kami tentang erti kehidupan. Cara dan perwatakan beliau amat
menghiburkan hati kami. Aku sangat
berterima kasih kepada Dr.Odi kerana telah membuatkan hubungan kami semakin
erat dan ikatan kekeluargaan juga terjalin di antara kami.
Banyak
perkara yang telah kami kongsi bersama. Kadang-kadang dalam pergaulan ada yang
terasa hati, ada yang bermasam muka dan sebagainya tetapi akhirnya kami akan
berbaik semula. Jelas kelihatan, ikatan kekeluargaan itu semakin erat terjalin.
Segala kenangan manis dan pahit akan sentiasa bermain di minda. Aku sangat
berharap yang ikatan kekeluargaan yang telah terbina ini, akan terus terjalin
di antara kami semua. Semoga kita semua berada di dalam perlindungan-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan