Rabu, 15 November 2017

AKU TETAP AKU


~Diam nya diri aku adalah diam yang bermakna
Bising nya diri aku adalah bising tanpa makna~

       Ayat di atas merupakan ayat daripada seseorang. Apa yang boleh saya terangkan berkaitan ayat di atas ialah berkaitan dengan diri sendiri. Sebagai contohnya, "diam nya aku adalah diam yang bermakna" membawa maksud yang begitu mendalam iaitu diam-diam ubi berisi. Walaupun kita berdiam diri tidak bermaksud kita tidak tahu apa-apa dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Sesetengah orang, mereka lebih gemar berdiam daripada berkata-kata. Bagi mereka, berdiam lebih baik.
  
     Ayat "bising nya diri aku adalah bising tanpa bermakna" membawa maksud apabila kita bising ianya tidak akan memberi apa-apa faedah kepada kita. Hal ini demikian kerana, kebanyakkan orang yang membuat bising ini suka bersembang kosong dan kadang kala tidak memberi sebarang faedah kepada kita serta membazir masa dan tenaga kita sahaja. 

    Bagi saya, ada kalanya kita perlu berdiam diri dan ada kalanya kita perlu juga membuat bising. Hal ini demikian kerana, kedua-dua perlu di dalam hidup kita. Sebagai contohnya, ada masa saya akan membuat bising iaitu bersembang-semabang dengan rakan untuk berkongsi dan mendengar masalah. Kadang-kadang, apabila kita membuat bising akan menghilangkan sedikit tekanan yang dihadapi. Sedikit sebanyak akan membantu kita menjadi seorang yang normal yang mempunyai perasaan. Justeru, wajar bagi kita untuk berada di situasi yang bising dan berdiam diri. Hal ini demikian kerana, Saya juga seorang yang pendiam tetapi ada kalanya saya juga seorang yang suka membuat bising.
  
   Kita akan berdiam mengikut situasi tertentu sahaja kerana ada ketikanya kita perlu bersuara. Jadi, bagi saya diam memang bermakna tetapi bising tidak semestinya tidak bermakna. 

   Sekian, terima kasih.  
     

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan